Yudhi'm Blog

Blog yang berisi berbagai macam tulisan & tutorial umum. Enjoy the blog here!!!

Banner Iklan1

Banner Iklan1
Sudahkah keluarga Anda terlindungi?

Banner Iklan

Banner Iklan
970x90

MUQADDIMAH bagian 2

1. Dienul Islam merupakan nikmat Allah yang sangat berharga yang diberikan kepada manusia. Sebab Dienul Islam merupakan satu-satunyua nikmat yang sanggup menghantarkan manusia (dengan izin Allah) memasuki pintu gerbang keselamatan, kejayaan dan kebahagiaan baik di dunia mahupun di akhirat.

2. Dienul Islam hanya diwariskan kepada hamba-hamba Allah yang dipilih dan ditapis oleh Allah. (Fatir 35:32).

3. Sedang nikmat keduniaan baik berupa harta, anak dan lain-lain diberikan oleh Allah kepada semua hamba-hamba Nya baik yang dikasihi atau yang dibenci atau yang dimurkai.
Abdullah bin Mas'ud ra, berkata: Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya Allah swt, telah membahagi di antara kamu sekalian akhlak kamu sebagaimana Dia telah membahagi di antara kamu sekalian rezeki kamu dan sesungguhnya Allah memberi dunia kepada siapa yang disukai dan kepada siapa yang tidak dicintai, Sedang dia tidak memberi Ad Dien (Ilmu Dien) kecuali kepada siapa yang Dia cintai, maka barangsiapa yang Allah telah beri kepadanya Ad Dien maka beerti Dia mencintai nya. Demi yang jiwa Muhammad ditangan Nya, tidaklah seseorang hamba itu selamat sehingga selamat hati dan lisannya. (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Hal ini disebabkan kerana nikmat dunia sifatnya memperdayakan kalau tidak didasari oleh Ad Dien yang benar. (Al Ankabut 29:64; Ali Imran 3:185; An Nisa 4:77; Al A’la 87:16-17; At Taubah 9:38)

5. Maka nikmat dunia yang tidak didasari dengan Ad Dien yang benar adalah merupakan nikmat yang tidak ada nilai sedikitpun disisi Allah. Itulah sebabnya orang kafir dan orang-orang yang dibenci oleh Allah diberi nikmat dunia.
Rasulullah saw bersabda: Seandainya dunia ini sama dengan sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Dia tidak akan memberi minum kepada orang kafir daripadanya dengan seteguk air pun. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Zuhudlah kamu terhadap dunia! Kerana dengannya Allah akan mencintaimu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tidaklah dunia itu di akhirat, melainkan laksana salah seorang dari kamu sekalian meletakkan jarinya di laut, kemudian lihatlah apa yang menyertai jari itu ketika diangkat kembali. (Hadis Riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)

Mengapa aku harus mengutamakan dunia, di dunia ini aku hanya laksana orang yang naik kenderaan, lalu berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya. (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rasulullah saw bersabda: Dunia itu terlaknat dan terlaknat semua apa yang didalamnya kecuali zikir kepada Allah dan apa-apa yang serupa dengannya, orang alim dan para penuntut. (Hadis Hasan Riwayat Tirmidzi) Apa-apa yang serupa dengannya, maksudnya semua amal untuk taat kepada Allah.

6. Maka jelas bahawa orang kafir dan orang yang tidak dicintai oleh Allah yang diberi kenikmatan dunia tidak beerti diberi kebaikan.

7. Maka mudahlah difahami bahawa sesungguhnya nikmat dunia yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba Nya yang dibenci itu hakikatnya merupakan azab dalam kehidupan di dunia ini, kerana nikmat dunia itu akan selalu mendatangkan pelbagai macam fitnah (ujian). (At Taubah.9:55)

8. Setelah kita mengetahui betapa tingginya nilai nikmat Ad Dien yang akan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita, maka sudah menjadi keharusan (kemestian) bagi kita sebagai Mukmin untuk menjaga dan memeliharanya dengan penuh kesungguhan.

9. Nikmat dunia yang kita terima harus (mesti) sanggup dikorbankan demi menjaga keutuhan dan tegaknya nikmat Ad Dien dan bukan sebaliknya iaitu dengan mengorbankan nikmat Dien untuk mencari nikmat dunia yang rendah. Sekiranya kita sanggup mengorbankan nikmat Ad Dien untuk kehidupan dunia ini, maka sesungguhnya ini merupakan perbuatan orang yang tidak berakal. Rasulullah saw selalu berdoa memohon agar Allah tidak menimpakan musibah pada Diennya dan tidak menjadikan dunia sebagai sebesar-besar keinginannya dan setinggi-tinggi ilmunya.

Rasulullah saw bersabda: Ya Allah, janganlah Engkau jadikan musibah yang mesti menimpa kami merupakan musibah yang menimpa Dien kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia ini sebesar-besarnya keinginan kami dan setinggi-tingginya ilmu kami.

10. Memelihara nikmat Dien mesti dilakukan dengan langkah-langkah berikut:
a) Mempelajarinya. Sekurang-kurangnya mesti mengenal Allah, mengenal Rasulullah saw dan mengenal Dienul Islam. Mempelajari Dien adalah amal yang mulia yang dipuji oleh Rasulullah saw.
b) Rasulullah saw Telah Bersabda: Sebaik-baiknya orang di antara kamu adalah siapa sahaja yang bersungguh sungguh mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.
c) Rasulullah saw Telah Bersabda lagi: Barangsiapa yang dikehendaki Allah padanya kebaikan, maka Allah akan memahamkan Dien kepadanya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
d) Setelah dipelajari dan difahami mesti diamalkan dengan penuh keyakinan. Orang beriman yang mengamalkan tuntunan Dien, dipuji dan diberi berita gembira oleh Allah swt. (Al Baqarah 2:25)
e) Setelah dipahami dan diamalkan, selanjutnya didakwahkan dan ditegakkan. (Asy Syura 42:13)

11. Kita semua telah memahami bahawa diantara kemusyrikan yang menimpa umat Islam dewasa ini sehingga membawa kelemahan mereka adalah kerana mereka tidak memahami dan tidak mengenal Dienul Islam sebagaimana yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasul Nya.

12. Mereka menerima Dienul Islam hanya berupa warisan dari ibu dan bapa yang keadaannya sudah keruh (tidak lagi murni) dan sudah dirosakkkan oleh fikrah-fikrah penjajah Nasrani/ Kristian, sehingga Dien yang mereka amalkan penuh dengan bid'ah dan khurafat (kemusryikan).

13. Untuk mengenal dan memahami Dienul Islam secara terperinci tentu sahaja memerlukan kesungguhan dan usaha yang berterusan. Semoga Allah berkenan meredai usaha ini, amin.


PENGERTIAN DIEN

1. Makna Ad Dien secara bahasa boleh dilihat daripada dua aspek. (Ibnu Mandhur, Lisanul Arab Al Muhith dan Al Maududi, Mustholahul Arba’ah)
a. Makna Ad Dien di dalam Bahasa Arab.
i. Yang bermaksud paksaan, kekuasaan, hukum dan perintah, juga beerti paksaan agar menjadi orang yang taat.
ii. Yang bermaksud ketaatan, peribadatan, penghambaan, merendahkan di hadapan orang, melaksanakan perintah atasannya, dan menerima kepada Rabb serta ketundukan di bawah perintah dan paksaan atasannya.
iii. Yang bermakna syariat, undang-undang, mazhab, millah (dien), adat kebiasaan dan sesuatu yang diikuti.
iv. Yang bermakna balasan, sesuatu hal yang mencakupi putusan dan perhitungan.
b. Makna Ad Dien di dalam Al Quran (lihat perkataan dien pada setiap ayat).
i. Yang bermaksud hal yang berkenaan dengan kehakiman dan penguasa.
ii. Yang bermakna ketaatan dan ketundukan kepada hakim dan penguasa. Disini Ad Dien bermaksud penguasa yang agung dan kemudiannya diikuti dengan ketundukan oleh manusia kepada Penguasa yang Agung dengan mentaati Nya dan beribadah kepada Nya dengan ikhlas kerana Nya. (Mukmin 40:64-55; Az Zumar 39:11-12; An Nahl 16:52; Ali Imran 3:83; Al Bayyinah 98:5)
iii. Yang bermaksud peraturan yang mencakupi pemikiran dan amalan dibawah Penguasa yang Agung. Disini Ad Dien bernaksud undang-undang, hukuman, syariah, jalan (cara), peraturan yang meliputi pemikiran dan amalan, yang diikuti seseorang. Maka apabila Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) yang disandari seseorang mengikuti undang-undang dan perintah dari Allah Taala, maka tidak diragukan lagi bahawa ia berada pada Dienul Islam. Sedangkan apabila seseorang manusia itu bersandar kepada Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) selain Allah, maka ia berada pada dien manusia itu sendiri secara pasti. (Yunus 10:104; Yusuf 12:40,76; Ar Rum 30:28-30; Asy Syura 42:21; Al Kafirun 109:6; At Taubah 9:36; Al Anam 6:137)
iv. Yang bermaksud balasan, perhitungan dan keputusan yang diberikan Penguasa Agung, baik yang mengikuti aturan Nya dan ikhlas dalam beribadah kepada Nya ataupun bagi yang menyangkal dan durhaka kepada Nya. (Az Zariyat 51:5-6; Al Maun 107:1-3; Al Infitar 82:17-19)

2. Makna Ad Dien Secara Istilah pula ialah aturan/ sistem hidup yang lengkap dan sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui penutup Rasul Nya sebagai pedoman hidup bagi manusia yang terdiri dari pelbagai aspek, diantaranya aspek aqidah (keyakinan), fikriyah (pemikiran). akhlaq dan amaliyah. (Al Mustholahat Al Arba’ah Bainal Imamaini Al Maududi wa Muhammad Abduh, Abdul Mutaal Muhammad Al Jabry)
i. Pada hakikatnya kalimat Ad Dien tidak tepat diterjemahkan dengan agama.
ii. Umumnya Ad Dien ialah segala bentuk aturan, sistem, falsafah, tatanan atau undang-undang kehidupan.
iii. Sebagai contoh satu aturan atau sistem hidup yang mengatur kehidupan manusia ialah zionis, kapitalis, komunis, demokrasi, nasionalisme dan sebagainya. Maka kesemuanya merupakan Ad Dien.
iv. Namun Ad Dien ini jelas-jelas bathil, sebab ia tidak bersumber daripada Allah taala dan tidak didasari oleh kitabullah dan sunnah Rasul Nya.
v. Adapun Dienul Hak hanyalah satu iaitu Al Islam. (Ali Imran 3:19,85; Al Maidah 5:3; At Taubah 9:33; Al Anfal 8:39)
vi. Sedangkan Dienul Bathil lebih dari satu iaitu semua sistem hidup dan perundang-perundangan hidup selain Al Islam.
vii. Ad Dien yang bermakna khusus/ sebenarnya ialah Dienul Islam yang haq dan jelas-jelas dijamin kebenarannya hingga diakhir zaman oleh penciptanya, iaitu Allah Azza wa Jalla. (Doktor Syaukat Muhammad Ilyan, Ats Tsaqofah Al Islamiyyah Wa Tahadiyatul ‘Asr)

UNSUR-UNSUR DIEN

1. Ketiga-tiga unsur dien ini berdasarkan hadis panjang dari Umar bin Khatab ra yang berbunyi:

Daripada Umar bin Khatab ra telah berkata: Ketika kami duduk bersama Rasulullah saw pada suatu hari maka terlihat oleh kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tak tampak padanya tanda-tanda habis pergi jauh dari safar dan tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk dihadapan Nabi saw, lalu ia sandarkan lututnya pada lutut Nabi dan ia letakkan tangannya diatas paha Nabi saw dan berkata, Wahai Muhammad beritahu padaku tentang Islam? Rasulullah saw menjawab, Islam adalah bersyahadat bahawa tidak ada ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau dirikan solat, engkau tunaikan zakat, engkau berpuasa di bulan Ramadhan, serta engkau berhaji ke baitullah jika engkau mampu menjalaninya. Ia berkata, Engkau benar. Kami hairan, ia bertanya dan ia juga yang membenarkannya. Lalu Ia bertanya lagi, Beritahu padaku tentang Iman. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beriman kepada Allah, para malaikat Nya, kitab-kitab Nya, para Rasul Nya dan hari qiamat serta Iman kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Ia berkata, Engkau benar. Ia bertanya kembali, Beritahu tentang Ihsan. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat Nya, namun jika engkau tidak melihat Nya, maka sungguh Ia melihatmu. Ia bertanya kembali, Beritahu kepadaku tentang hari kiamat. Rasulullah menjawab, Orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu dari si penanya sendiri. Ia berkata, Beritahu aku akan tanda-tandanya. Rasulullah menjawab, (Diantaranya) jika seorang hamba sahaya melahirkan (anak) tuannya, dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin, papa, berbaju compang-camping sebagai penggembala kambing sudah mampu bermegah-megahan dalam mendirikan bangunan. Kemudian dia pergi. Aku terdiam sejenak. Kemudian Rasululullah bertanya, Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Aku menjawab, Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui. Rasulullah menjawab, Ia adalah Jibril. Datang kepada kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang Dien kalian. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Telah berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam Majmu’ Fatawa nya:
i. Rasulullah saw telah memberitahu tentang isi kandungan Ad Dien dengan sabdanya: (Ia, Jibril datang untuk mengajarkan Dien kamu).
ii. Dien disini terdiri dari 3 unsur, namun ketiga-tiganya berbeza tingkatan tidak sama antara satu dengan lainya.
iii. Ketiga-tiga tingkat itu ialah Muslim, kemudian Mukmin dan seterusnya Muhsin.
iv. Ini sesuai dengan Firman Nya dalam surah Fatir. (Fatir 35:32)
v. Mereka yang termasuk di dalam golongan Muqtasid (pertengahan) dan Sabiqun bil Khoirat (paling terhadapan atau lebih dahulu dalam membuat kebaikan) masuk jannah/ syurga tanpa azab. (Rujuk surah Fatir ayat 32)
vi. Lain pula dengan yang menzalimi dirinya sendiri, iaitu sebagaimana orang-orang yang Islam pada zahirnya sahaja dengan iktiqad dalam hati tanpa mengamalkan amalan-amalan yang dituntut oleh Iman, maka ia terancam azab. (Rujuk surah Fatir ayat 32)
3. Dapat difahami bahawa antara Islam, Iman dan Ihsan ada perbezaan tingkatan.

4. Ihsan itu sesuatu yang umum, tetapi ia lebih khusus berbanding Iman dan Islam.

5. Demikian pula Iman lebih umum, namun lebih khusus daripada Islam.

6. Maka Ihsan mencakupi Iman dan Islam, dan Iman mencakupiIslam, sedangkan Islam tidak mencakupi apa-apa kerana ia paling umum dan yang terendah.

7. Dalam Islam setiap Muhsin itu sudah pasti seorang Mukmin dan Muslim, dan setiap Mukmin itu sudah pasti seorang Muslim. Namun belum tentu seseorang yang Muslim itu Mukmin dan belum tentu seseorang yang Mukmin itu Muhsin. (Ibid, Halaman 7-10, Ibnu Katsir 2/279)


PENGERTIAN ISLAM

1. Secara bahasa kata Islam diambil daripada aslama-yuslimu-islaman, iaitu menyerah diri, tunduk, patuh dan pasrah (menyerahkan). (Al Mukmin 40:66)
2. Yang dimaksudkan dengan kalimat tersebut adalah ketundukan, kepatuhan dan menyerah diri kepada Allah semata-mata.
3. Sedangkan pengertian Muslim secara istilah pula adalah:
Orang yang menyerah dan tunduk patuh lahir dan batin kepada Allah dan menyerahkan jiwa, semua miliknya, hidupnya, matinya dan semua amalnya semata-mata kepada Allah. (Lukman 31:22; Al An'am 6:162-163; An Naml 27: 38).
Menampakkan ketundukan dan kepatuhan dalam melaksanakan syariah serta iltizam kepada apa yang datang daripada Rasulullah saw (Lisanul Arab, 2 / 192 -193)
4. lstilah lain yang digunakan dalam mendefinisikan Muslim adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab, iaitu:
Menyerahkan diri kepada Allah dengan mentauhidkan Nya, tunduk kepada Nya dengan penuh ketaatan dan berlepas diri dari kesyirikan orang-orang musyrik. (Ushul Tsalatsah)
5. Menurut Abul A’la Al Maududi pula Muslim bermaksud:
Seseorang itu wajib dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut. Menurut Abul A’la Al Maududi lagi, seorang Muslim ialah: Seseorang yang meleburkan sepenuhnya keperibadian dan wujud mereka kedalam Islam. Semua kedudukan yang mereka pegang terlebur kedalam kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Apa sahaja peranan mereka samada ayah, ibu, anak, suami, isteri, ahli perniagaan, pelajar, pegawai kerajaan, buruh, petani, profesional dan apa sahaja peranan mereka akan mencerminkan watak seorang muslim. Perasaan, keinginan-keinginan dan ideologi mereka fikiran-fikiran dan pendapat-pendapat mereka, kebencian dan kecintaan (kecenderungan-kecenderungan) mereka, kesenangan dan ketidak senangan mereka, pendeknya dari segala segi keperibadian dan wujud manusiawi mereka, tunduk dan terlebur kedalam Islam. Islam sepenuhnya menguasai hati dan fikiran mereka, mata dan telinga mereka, perut dan bahagian seksual tubuh mereka, kaki dan tangan mereka – pendeknya seluruh jiwa dan raga mereka. Baik cinta ataupun benci mereka, tidak lepas dari Islam. Bila mereka berkelahi dan berperang (jihad), hal itu mereka lakukan semata-mata demi Islam. Bila mereka memberikan sesuatu kepada orang lain itu adalah kerana Islam menyuruh mereka berbuat demikian. Bila mereka tidak memberi sesuatu kepada orang lain itu pun kerana Islam melarang mereka untuk memberikannya. Dan sikap mereka yang demikian itu tidaklah terbatas pada individu-individu mereka sahaja tetapi juga berlaku dalam kehidupan bersama mereka, yang seluruhnya didasarkan pada prinsip Islam. Wujud keseluruhan mereka berkembang menjadi suatu masyarakat yang hanya berdasarkan Islam, dan seluruh tingkah-laku kelompok mereka hanya didasarkan pada ajaran-ajaran Islam. (Manhaj Hidup Muslim)
6. Dienul Islam adalah Ad Dien yang mendidik ummah agar mematuhi dan menyerah sepenuhnya (secara mutlak) kepada Allah.
7. Allah memerintahkan kepada hamba-hamba Nya yang beriman agar mereka masuk Islam secara kaffah (keseluruhan). (Al Baqarah 2:208)
8. Islam juga merupakan Dien seluruh nabi dan rasul sejak nabi Adam hingga nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad saw. Hal itu sebagaimana yang banyak disebutkan dalam Al Quran. (Al Hajj 22:78)
9. Di antara ayat-ayat yang menjelaskan Dien para nabi dan rasul ialah:

a. Nabi Nuh as (Yunus 10:72)
b. Nabi Ibrahim dan Isma’il (Al Baqarah 2:128)
c. Nabi Ya’qub (Al Baqarah 2:132)
d. NabiYusuf as (Yusuf 12:1O1)
e. Nabi Musa as (Yunus 10:84)
f. Nabi Sulaiman as (An Naml 27:30-31)
g. Nabi Isa as (Ali ‘Imran 3:52)
h. Nabi Muhammad saw (Ali Imran 3:19)


PERBEZAAN ANTARA IMAN DAN ISLAM

1. Apabila Iman dan Islam disebut bersama-sama:
a. Apabila Iman dan Islam disebut bersama-sama, maka Iman dan Islam memiliki pengertian yang berbeza:
i. Islam bermakna amalan-amalan zahir seperti solat, zakat, puasa dan haji.
ii. Iman pula bermaksud amalan-amalan batin/ keyakinan di dalam hati seperti Iman kepada Allah, malaikat Nya, seluruh kitab yang ia turunkan, para rasul, iman kepada hari Qiamat dan iman kepada taqdir yang baik maupun yang buruk.
iii. Diantara dalilnya ialah firman Allah Azza wa Jalla di dalam surat Al Hujurat. (Al Hujurat 49:14)
iv. Tatkala turun ayat tersebut Saad ra berkata kepada Rasulullah saw tentang seorang badwi yang ia lihat telah beriman, ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana dengan pendapat anda tentang dia, Demi Allah sungguh saya melihatnya ia telah beriman! Rasulullah menjawab: kamu hanya melihat Islamnya sahaja, dari amalan-amalan zahirnya, tetapi belum kamu teliti keimanannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Dan dalam riwayat An Nasaie Jangan kamu katakan ia seorang mukmin tetapi katakan ia seorang muslim. (Hadis Riwayat An Nasaie)
Islam itu nampak sedang Iman itu dihati. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya'la, Al Batar, daripada Anas ra.) Zawaid 5/52, Al Husimy berkata, Para perawinya adalah perawi darjat sahih kecuali Ali bin Mas'adah, tetapi Ibnu hibban, Ibnu mu'in dan lain-lain telah menguatkan Ali bin Al Mas'adah dan hadis ini dijadikan hujjah oleh para ulama.

2. Apabila Iman dan Islam disebut berasingan:
a. Apabila Iman dan Islam disebut berasingan, maka makna Islam masuk ke dalamnya makna Iman yang mencakupi seluruh aspek Dienul Islam yang ushul maupun yang furu'. Demikian pula sebaliknya apabila yang disebut ialah Iman tanpa kata Islam maka makna dan cakupan Iman sama dengan makna dan cakupan Islam. (Ali Imran 3:19,85; Al Maidah 5:3; Al Baqarah 2:208)

Rasulullah saw telah bersabda: Apabila seorang hamba telah berislam dan Islamnya semakin bertambah baik, maka Allah akan tulis setiap amal kebajikan yang ia perbuat, dan akan menghapus setiap kejelekan (yang ia perbuat). (Hadis Hassan Riwayat An Nasa’)

Daripada hadis di atas didapati bahawa perkataan Islam itu juga bermaksud Iman. Ini kerana bagaimana mungkin Islamnya seseorang akan menjadi baik jika keislamannya pada Dienul Islam hanya sekadar zahirnya sahaja tanpa diikuti dengan keimanan yang tertancap kuat di dalam hatinya, bahkan mungkin jua ia nanti akan terjatuh ke jurang kemunafiqan, maka tidak mungkin Allah tambahkan kebaikan untuknya dan akan dihapus kesalahannya?
Rasulullah saw telah bersabda: Saya perintahkan kepada kalian agar kalian tetap beriman kepada Allah, tahukah kalian apakah beriman kepada Allah itu? Iaitu bersaksi bahwa tidak ada Ilah kecuali Allah sahaja yang tiada sekutu bagi Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan kamu serahkan 1/5 dari harta rampasan perangmu (untuk Allah dan Rasul Nya).
Iman itu ada 73 tingkatan, tingkatan paling tinggi yaitu kalimah laa ilaaha illallaah dan yang terendah menyingkirkan ganguan dari jalan (duri,batu dan sebagainya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


PENGERTIAN IHSAN

1. Dari segi bahasa, Ihsan bermaksud perbaikan amal, pemantapan dan lebih mengikhlaskan karena Allah. (Mukhtasar Ma’arijul Qobul)
2. Dari segi syarie pula Ihsan ialah sebagaimana yang telah di tafsirkan oleh Rasulullah saw dengan sabda Beliau:
Iaitu kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat Nya, namun apabila kamu tidak melihat Nya maka Ia melihatmu. (Hadis Riwayat Muslim)
3. Ihsan dan Muhsinun mempunyai beberapa darjat atau tingkatan.

a. Darjat pertama adalah yang tertinggi iaitu darjat "persaksian”. Ini ialah dengan seorang hamba selalu beramal dan ia yakin dengan sepenuh hati bahwa Allah Azza wa Jalla selalu menyaksikan apa yang ia perbuat. Maka, barangsiapa beribadah kepada Allah Taala dengan berusaha mendatangkan rasa dekat dengan Nya, merasa berhadapan dengan Nya dan yakin bahwa Ia ada diantara lingkungan kekuasaaan Nya, serta seakan-akan Ia melihat Nya, maka sudah semestinya ia akan melaksanakannya dengan rasa khusyu', takut, gentar dan penuh rasa hormat.
b. Darjat yang kedua pula ialah sama dengan darjat ikhlas iaitu bahawa seorang hamba beramal dengan berusaha mendatangkan/ menghadirkan keyakinan bahawa Allah menyaksikan amal perbuatannya, mengawasinya, dan selalu bersamanya. Maka apabila seseorang hamba berusaha mendatangkan/ menghadirkan keyakinan ini pada setiap amal perbuatannya dan amal usahanya, ia akan menjadi seorang yang mukhlis dalam amalnya. Kerana usaha dalam mendatangkan keyakinan ini dalam setiap amal perbuatannya akan menjaganya dari niat Ibadah kepada selain Allah. Maka darjat yang kedua inilah sebagai tangga awal untuk menuju tingkatan diatasnya, sehingga Rasulullah saw bersabda:
Maka apabila kamu tidak melihatnya Nya, maka Ia melihatmu. (Hadis Riwayat Muslim)


ISLAM DIENUL KAFFAH (SISTEM YANG MENYELURUH)

1. Allah memerintahkan hamba-hamba Nya yang beriman agar mereka menyerah masuk kepada Islam secara kaffah (keseluruhan). (Al Baqarah 2:208)
2. Dienul Islam mencakupi seluruh persoalan yang telah disyari’atkan kepada seluruh hamba Nya. baik berupa akidah, syariah, perlembagaan kehidupan, perintah mahupun larangan. (Al Jatsiah 45:18; Asy Syura 42:13)
3. Secara keseluruhannya, ruang lingkup ajaran Islam mencakup dua aspek utama, iaitu:

a. Akidah, yang merupakan dasar dan asas pokok Dienul Islam dan dasar hukum dari iman kepada Allah, kepada malaikat, kitab-kitab Nya, rasul-rasul Nya, kepada takdir baik dan buruk dan kepada hari kiamat.
b. Syariah, iaitu apa sahaja yang disyariatkan Allah bagi hamba-hamba Nya baik berupa hukum halal dan haram, perintah dan larangan, masalah akidah, ibadah, akhlak mahupun peraturan kehidupan sehari-hari.

4. Pada hakikatnya syariat itu meliputi seluruh aspek Dienul Islam. (Al Maidah 5:48)
5. Pada asasnya syariat terbahagi kepada dua bahagian (lihatlah betapa syumulnya atau lengkapnya Islam!):

a. Berupa syiar-syiar yang bersifat ta’abudiah, yang meliputi Rukun Islam sepertisolat, berpuasa, zakat, haji, tilawatil quran dan amalan-amalan ibadah lainnya.
b. Berupa aturan dan undang-undang hidup bermasyarakat, yang meliputi:

i. Siasah syariyah, iaitu hukum-hukum tentang pemerintahan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Aspek ini mencakupi masalah tegaknya hukum-hukum Islam yang bersifat jinayat (hudud) yang kesemuanya mengharuskan adanya sebuah Pemerintahan Islam/ Negara Islam/ Daulah Islam.
ii. Aspek ekonomi, dimana Islam mengatur perekonomian tersebut sesuai dengan manusia terhadap keperluan ekonomi. Islam menjelaskan tentang selok-belok perdagangan yang baik, hukum-hukamnya, syarat-syaratnya, masalah riba, perbankan, pengaturan ekonomi umat, menangani krisis ekonomi, pengurusan zakat dan lainnya.
iii. Aspek kekeluargaan yang menyaksikan Islam memberikan perhatian yang amat mendalam terhadap terbentuknya sebuah keluarga yang salih yang menjadi penopang tegaknya sebuah masyarakat Islam.
iv. Aspek sosial, dimana Islam mengatur kehidupan bermasyarakat yang aman dengan nilai-nilai persaudaraan Islam yang tinggi. Keseluruhannya berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, sehingga terbentuklah sebuah masyarakat yang ideal dan Islami serta jauh daripada keganasan dan huru-hara dan kesengsaraan. Ini kerana sebuah masyarakat yang beriman akan menjunjung tinggi hak-hak asasi manusia, keadilan dan persamaan, menghormati satu sama lain, menetapkan hukum-hukum Allah serta menegakkannya dalam lingkungan tersebut.
v. Aspek ketenteraan, iaitu dengan disyariatkan i’dad iaitu mempersiapkan kekuatan untuk jihad (Al Anfal 8:60) dan jihad (Al Baqarah 2:216) yang berfungsi untuk:
• Menghancurkan setiap rintangan yang menghalang tersebarnya Dien di seluruh persada bumi dan sehingga tiada lagi fitnah iaitu berupa gangguan-gangguan terhadap Muslimin. (Al Anfal 8:39)
• Menolak kezaliman. (Al Baqarah 2:251; Al Hajj 22:39-40)
• Memelihara kemenangan, kegagahan kaum muslimin serta membantu dan menolong orang-orang yang tertindas. (An Nisa 4:75)
• Menghinakan dan menakut-nakutkan musuh-musuh Allah serta menahan kekuatan mereka. (At Taubah 9:29)
• Menapis orang-orang yang beriman, membinasakan orang-orang kafir dan memilih para syuhada’. (Ali Imran 3:140-154)
• Menegakkan kekuasaan Islam dan syariat Islam di mukabumi dan supaya kehidupan manusia berada di bawah manhaj Allah. (An Nur 24:55)
• Supaya Allah menyiksa orang-orang kafir dengan perantaraan tangan-tangan kaum Muslimin, menghinakan orang kafir, menolong kaum Muslimin, melegakan hati orang-orang beriman dan menghilangkan panas hati kaum mukminin. (At Taubah 9:14-15)
Tanpa adanya aspek ketenteraan ini, sebuah masyarakat akan mudah menjadi mangsa bagi musuh-musuhnya, sehingga masyarakat Islam tidak mampu tegak dan menerapkan prinsip serta hukum-hukum secara bebas.
vi. Aspek kebudayaan dan pelbagai aspek kehidupan lainnya.


KARAKTERISTIK DIENUL ISLAM

Islam sebagai rahmat sekalian alam datang dengan membawa sistem yang memiliki spesifikasi yang berbeza dengan sistem hidup yang lain. Tujuannya itu tidak lain kecuali untuk kebahagiaan dan keselamatan manusia itu sendiri baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Diantara karakteristik Dienul Islam ialah:

1. Bersifat Fitrah, iaitu bahawa Dienul Islam sesuai dengan tuntutan sifat fitrah manusia itu sendiri. Fitrah artinya perangai, tabiat dan kejadian awal menjadi mahluk ciptaan Nya. Fitrah manusia adalah bersifat tauhid. (Al A'raaf 7:172) Kesaksian setiap manusia bahawa hanya Allah sebagai Rabbnya disaat di dalam kandungan lagi (seperti yang tersebut dalam surah Al A’raf itu tadi) adalah membuktikan bahawa fitrah manusia adalah tauhid. Sedangkan Islam adalah Dien yang berasaskan tauhid (Rukun Islam Pertama) iaitu yang terkandung di dalam kalimah Syahadat. (An Nahl 16:36) Keseluruhan sistem Islam sesuai dengan kehendak fitrah dan tabiatya. Maka jelaslah bahawa Dienul Islam adalah Dien yang sesuai dengah fitrah manusia. Maka Allah memerintahkan agar Nabi Muhammad saw tetap berada diatas Dien ini dan Fitrah yang diciptakan untuk manusia, kerana keduanya sangat bersesuaian (Ar Rum 30:30) Rasulullah saw menerangkan dengan jelas bahawa setiap manusia dilahirkan atas fitrah, maksudnya bertauhid kepada Allah. Sekiranya ada di antara manusia yang menjadi Musyrik dengan memeluk keyakinan Yahudi atau Nasrani/ Kristian atau Majusi itu semua kerana pengaruh atau kelengahan kedua orang tuanya dan pengaruh lingkungannya/ persekitarannya.
Rasulullah bersabda: Setiap manusia dilahirkan atas fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya memeluk Dien Yahudi atau Nasrani/ Kristian atau Majusi.

2. Bersifat Rahmah, iaitu maksudnya ialah Islam merupakan Dien yang menurunkan rahmat kepada alam semesta. Diutusnya Rasulullah saw dengan membawa Islam adalah membawa rahmat bagi seluruh alam. Islam merupakan Dien yang membawa rahmat bagi seluruh alam disebabkan kerana Islam sanggup mendidik manusia sehingga menjadi insan yang selalu membangun dan menyebarkan kebaikan serta memerangi kejahatan. (Ali Imran 3:110) Sejarah membuktikan bahawa diwaktu umat Islam berkuasa dan berkesempatan menerapkan/ menjalankan Syariat Islam secara Kaffah (Syumul), benar-benar dunia disaat itu diliputi keamanan, ketenteraman, keadilan dan penuh kasih sayang. Inilah rahmat yang dibawa oleh Islam yang berasaskan tauhid. Malah Allah juga telah menggambarkan kalimah Tayyibah (Keyakinan Tauhid) sebagai pokok yang subur, berdiri kukuh dan rendang serta memberikan manfaat pada setiap saat dengan izin Nya. (Ibrahim 14:24-25) Maka tepatlah kenyataan Allah bahawa diutusnya Muhammad saw adalah benar-benar merupakan rahmat untuk alam semesta. (Al Anbiya 21:107) Maka sudah selayaknya kedatangan Nabi Muhammad saw dan kedatangan Islam disambut oleh manusia dengan penuh kegembiraan. Ini kerana Islam merupakan kurniaan Allah kepada manusia yang lebih baik daripada semua kekayaan dunia yang dikumpulkan oleh orang-orang kafir. (Yunus 10:57-58).

3. Bersifat Hanif dan Qayyim. Hanif ertinya condong dari kejahatan kepada kebenaran. Dienul Hanif ertinya Dien yang lurus yang tidak ada kebengkokkan sedikitpun padanya. Al Qayyim artinya lurus. Dienul Qayyim artinya Dien yang lurus sesuai dengan fitrah. Islam Dienul Hanif dan Dienul Qayyim artinya Dien yang lurus yang tidak ada kebengkokkan sedikitpun yang sesuai dengan tuntutan fitrah manusia. Al Quran sebagai dasar Dienul Islam memberi petunjuk kepada jalan yang paling lurus (Al Isra 17:9) oleh itu Islam adalah Dien yang paling lurus. Allah swt menegaskan bahawa jalan Nya (Dien Nya) adalah lurus maka sudah semestinya manusia mengikutinya dan meninggalkan Dien selainnya. (Al An'am 6:153). Dalam Surat Ar Rum (Ar Rum 30:30) Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw agar beliau berada diatas Dien ini (Islam) yang lurus dan tetap berada diatas fitrah Allah iaitu fitrah semula jadi yang diciptakan oleh Allah sejak di dalam rahim seorang ibu lagi iaitu Tauhid. Berpegang kepada Islam dan Fitrah Allah itulah Dien yang lurus. Dalam Surat Al Fatiha (Al Fatiha 1:6-7) kita diberi pelajaran agar terus memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk kepada jalan yang Lurus. Ibnu Abbas menafsirkan jalan yang lurus itu sebagai Dien yang padanya tidak ada kebengkokkan, iaitu Dienul Islam.

4. Bersifat Samhah. Deinus Samhah ertinya Dien yang di dalamnya terdapat kemudahan. Islam adalah Dien yang syariatnya memberi kemudahan sesuai dengan kemampuan dan keadaan manusia, tidak ada syariat yang berada diluar kemampuan. (Al Baqarah 2:286) Tidak ada Syariat Islam yang sempit, semuanya boleh diamalkan menurut kemampuan manusia. Misalnya solat wajib ditunaikan dengan berdiri, tetapi apabila tidak mampu berdiri kerana sakit dan alasan lain, boleh ditunaikan dengan duduk dan bila tidak mampu duduk boleh dengan berbaring. Puasa Ramadhan wajib ditunaikan tetapi apabila tidak mampu kerana sakit atau musafir boleh ditinggalkan dan diganti setelah ada waktu dan kemampuan. Kalau terus tidak ada kemampuan kerana tua atau pekerjaan berat atau sakit yang tidak dapat diharapkan sembuh, boleh ditinggalkan tanpa mengganti puasa tetapi cukup dengan membayar fidyah. Demikian pula Syariat syariat yang lain. (At Taghabun 64:16) Bahkan Allah menjadikan Al Quran itu mudah untuk dijadikan peringatan bagi orang yang mahu mencari peringatan. (Al Qamar 54:17) Itulah sebabnya ketika Rasulullah saw ditanya: Dien mana yang disukai oleh Allah? Beliau saw manjawab: Yang mudah dan Lurus.

5. Bersifat Nazafah. Islam mementingkan kebersihan zahir dan batin. Zahir mesti bersih daripada najis dan kotoran. Tempat dan pakaian terutama yang dipakai untuk solat harus bersih daripada najis. Sedangkan batin pula harus bersih daripada kemusyrikan, kemaksiatan dan kemungkaran. Allah swt suka kepada orang-orang yang bertaubat iaitu yang membersihkan batinnya daripada kemusyrikan, kemungkaran dan kemaksiatan dan suka kepada orang-orang yang membersihkan zahirnya. (Al Baqarah 2:222, Al Muddathir 74:4) Kebersihan yang digalakkan oleh Rasulullah saw antara lainnya boleh difahami dari hadis-hadis berikut:
Daripada Aisyah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: Sepuluh perkara daripada fitrah: memotong misai (bukan mencukurnya), memelihara (membiarkan tumbuh melebat) janggut, bersiwak, menghisap air dari hidung (sebagaimana dalam wuduk), memotong kuku, mencuci buku jari, mencabut bulu ketiak, bercebok. Mus'ab (perawi hadis) berkata: Dan aku lupa yang kesepuluh, tapi kira-kira berkumur. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Nasaie dan Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah ra: Bahawa Nabi saw bersabda: Apabila anjing minum di dalam bejana salah seorang diantara kalian, maka cucilah ia tujuh kali. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan masih banyak lagi hadis-hadis yang menunjukan bahawa Islam sangat mementingkan kebersihan. Hal ini boleh dipelajari didalam kitab-kitab hadis dan fiqih. Adapun kebersihan hati/ batin dari kemusyrikan, kemaksiatan dan kemungkaran adalah merupakan tujuan pokok Dienul Islam dalam membina Manusia. Solat disyariatkan antara lain bertujuan untuk membersihkan hati daripada kekejian dan kemungkaran. (Al Ankabut 29:45) Zakat disyariatkan antara lain untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tidak terpuji. (At Taubah 9:103). Dua kalimah Syahadah disyariatkan dan wajib dibaca pada setiap kali solat untuk membersihkan hati dari kemusyrikan dan bidah. Diantara tugas Rasulullah saw, yang penting ialah berkaitan dengan kebersihan baik zahir mahupun batin.
Sabda Rasulullah saw: Kebersihan itu sebahagian daripada Iman. (Hadis Riwayat Muslim).

6. Islam adalah Dienul Ilmi. Ilmu ada dua bahagian iaitu ilmu Syarie dan ilmu Dunia (Ilmu Pengetahuan). Kedua-dua ilmu itu mendapat perhatian yang cukup luas di dalam Islam. Ilmu Syarie ialah ilmu yang diwariskan oleh para Nabi kepada umat mereka masing-masing. Nabi Muhammad saw mengajarkan ilmu kepada umatnya yang berupa Al Quran dan As Sunnah.
Sabda Rasulullah saw: Aku telah meninggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang tidak akan sesat kamu sekalian dengan keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah ku dan keduanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya datang kepadaku kelak di telaga. (Hadis Riwayat Hakim)

Mempelajari ilmu Syarie hakikatnya merupakan tuntutan hidup yang tidak boleh dielakkan kerana Ilmu Syarie merupakan faktor yang boleh menghantarkan manusia kepintu gerbang kebahagiaan, kejayaan dan keselamatan. Oleh kerana itu, ia merupakan nikmat Allah yang lebih besar nilainya dari dunia dan seisinya. Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya para nabi itu tidak ada yang mewariskan dinar dan tidak pula dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambilnya (mewarisinya) beerti ia telah mengambil bahagian yang tidak terhingga banyaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Itulah sebabnya Rasulullah saw sangat menganjurkan umatnya agar belajar Ilmu Syarie dan mengajarkannya.
Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baiknya manusia di antara kamu ialah siapa yang belajar Al Quran dan mengajarkanya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Hukum mempelajari dasar-dasar ilmu Syarie untuk mengetahui kewajiban yang harus diamalkan dalam Dien, dan mengetahui mana yang halal dan mana yang haram didalam kehidupan seharian adalah Fardu Ain. Sebab amal tidak diterima oleh Allah kecuali didasari dengan ikhlas dan mengikuti sunnah. Sedangkan mengikuti sunnah tidak mungkin diamalkan kalau tidak dipelajari lebih dahulu. Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak aku ajarkan, maka ia akan tertolak. (Hadis Riwayat.Muslim)


RUKUN ISLAM

Dasar Rukun Islam adalah daripada sebuah hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Islam dibangunkan atas lima dasar iaitu (1) bersaksi bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah (2) menegakkan solat (3) menunaikan zakat (4) berhaji ke baitullah (5) berpuasa di bulan Ramadhan.

Demikian pula dengan hadis Umar yang bertanya tentang hakikat Islam, Iman dan Ihsan kepada Rasulullah saw.
Daripada Umar bin Khatab ra telah berkata: Ketika kami duduk bersama Rasulullah saw pada suatu hari maka terlihat oleh kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tak tampak padanya tanda-tanda habis pergi jauh dari safar dan tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk dihadapan Nabi saw, lalu ia sandarkan lututnya pada lutut Nabi dan ia letakkan tangannya diatas paha Nabi saw dan berkata, Wahai Muhammad beritahu padaku tentang Islam? Rasulullah saw menjawab, Islam adalah bersyahadat bahawa tidak ada ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau dirikan solat, engkau tunaikan zakat, engkau berpuasa di bulan Ramadhan, serta engkau berhaji ke baitullah jika engkau mampu menjalaninya. Ia berkata, Engkau benar. Kami hairan, ia bertanya dan ia juga yang membenarkannya. Lalu Ia bertanya lagi, Beritahu padaku tentang Iman. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beriman kepada Allah, para malaikat Nya, kitab-kitab Nya, para Rasul Nya dan hari qiamat serta Iman kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Ia berkata, Engkau benar. Ia bertanya kembali, Beritahu tentang Ihsan. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat Nya, namun jika engkau tidak melihat Nya, maka sungguh Ia melihatmu. Ia bertanya kembali, Beritahu kepadaku tentang hari kiamat. Rasulullah menjawab, Orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu dari si penanya sendiri. Ia berkata, Beritahu aku akan tanda-tandanya. Rasulullah menjawab, (Diantaranya) jika seorang hamba sahaya melahirkan (anak) tuannya, dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin, papa, berbaju compang-camping sebagai penggembala kambing sudah mampu bermegah-megahan dalam mendirikan bangunan. Kemudian dia pergi. Aku terdiam sejenak. Kemudian Rasululullah bertanya, Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Aku menjawab, Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui. Rasulullah menjawab, Ia adalah Jibril. Datang kepada kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang Dien kalian. (Hadis Riwayat Muslim)

1. Rukun Pertama: Mengikrarkan dua kalimat syahadah.
a. Dari segi bahasa syahadah beerti menyaksikan (Al Hajj 22:28), sumpah (An Nisa’ 4:15) dan bersaksi (Al Munafiqun 63:1). Kalimah syahadah ‘Lailahailallah’ bermaksud ‘tiada ilah selain Allah’. Kalimah ‘tiada ilah’ bermaksud bahawa kita menafikan atau menolak semua bentuk sembahan lain selain daripada Allah. Kalimah ‘selain Allah’ pula bermaksud kita menetapkan bahawa yang disembah (ma’bud) itu hanyalah Allah semata-mata dan meyakini bahawa tiada sekutu bagi Allah. Ini sebenarnya mencakupi konsep ‘Nafy wal Itsbat’ (penafian dan penetapan). Kita menafikan semua ilah selain Allah dan menetapkan bahawa hanya Allah sebagai ilah. Syahadah ‘Muhammadur Rasulullah’ pula beerti kita mengikrarkan dengan lisan, beriman di dalam hati bahawa Muhammad Rasulullah saw adalah utusan Allah kepada seluruh makhluk Nya.
b. Dalil yang mensyariatkan syahadah ialah hadis Rasulullah saw riwayat Bukhari dan Muslim:
Islam dibangunkan atas lima dasar iaitu 1. bersaksi bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah 2. menegakkan solat 3. menunaikan zakat 4. berhaji ke baitullah 5. berpuasa di bulan Ramadhan.
2. Rukun Kedua: Menegakkan Solat.
a. Secara bahasa solat beerti doa, sedangkan menurut istilah syarie adalah suatu amalan yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan, yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam sesuai dengan ketentuan dan syarat syaratnya.
b. Dalil yang mensyariatkan amalan ini antara lainnya ialah firman Allah swt dalam surah Al Baqarah. (Al Baqarah 2:43)
3. Rukun Ketiga: Menunaikan zakat.
a. Secara bahasa zakat boleh diertikan sebagai tumbuh dan berkembang. Selain itu zakat juga boleh diertikan sebagai mensucikan. Menurut istilah syarie pula zakat memiliki maksud sejumlah harta yang khusus, yang diberikan kepada asnaf-asnaf (golongan-golongan) tertentu dan dibahagikan dengan syarat-syarat tertentu pula.
b. Dalil yang mensyariatkannya zakat antara lainnya ialah firman Allah dalam surah Al Baqarah. (Al Baqarah 2:3, 43)
4. Rukun Keempat: Berpuasa di Bulan Ramadhan.
a. Dari segi bahasa soum/ puasa beerti menahan atau mencegah sesuatu. Dari segi istilah pula ialah menahan diri dari makan dan minum serta apa sahaja yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Rasulullah saw telah bersabda: Berpuasa adalah menahan diri daripada makan, minum dan sesuatu yang membatalkan (puasa) mulai terbit fajar sampai terbenamnya matahari dengan niat. (Muttafaq alaih)
b. Dalil yang mensyariatkan berpuasa pada bulan Ramadhan ialah firman Allah dalam surah Al Baqarah. (Al Baqarah 2:183)
5. Rukun Kelima: Melaksanakan Ibadah Haji.
a. Dari segi bahasa haji beerti menuju ke suatu tempat atau mendatanginya. Sedangkan menurut istilah syariat adalah menuju ke Makkah (baitullah) untuk mengerjakan amalan-amalan khusus dan dilaksanakan pada waktu yang khusus pula.
b. Dalil yang mensyariatkan haji ialah firman Allah dalam surah Ali Imran. (Ali Imran 3:97)


PEMBATAL KEISLAMAN

1. Syirik dalam beribadah kepada Allah. (An Nisa’ 4:116; An Nisa’ 4:48)
2. Menjadikan selain Allah sebagai perantara dengan berdoa atau bertawakal.
3. Tidak mengkafirkan seseorang yang telah jelas kafirnya atau membenarkan aliran dan mazhab yang kafir.
4. Meyakini bahawa ada syariat/ petunjuk/ hukum lain yang lebih sempurna daripada syariat/ petunjuk/ hukum Rasulullah saw.
5. Membenci sebahagian atau keseluruhan syariat yang telah dibawa oleh Rasulullah saw walaupun ia sendiri mengamalkannya. (Muhammad 47:9)
6. Mempermainkan Dien Allah dan mempermainkan Rasulullah saw. (At Taubah 9:65-66)
7. Melaksanakan sihir atau redha dengannya. (Al Baqarah 2:102)
8. Melakukan kerjasama dengan orang-orang yang musyrik dan menolong/ membantu mereka menghancurkan/ memerangi kaum Muslimin. (Al Maidah 5:51)
9. Mereka yang beranggapan dan berkeyakinan bahawa manusia diperbolehkan tidak mengikuti syariat Muhammad saw atau berkeyakinan boleh keluar daripada Syariat Islam. (Ali Imran 3:85)
10. Berpaling daripada Dien Allah dengan tidak mempelajari atau mengamalkannya. (As Sahajadah 32:22)
(Fathul Majid/Syeikh Al Islam Muhammad bin Abd Al Wahhab)


PRINSIP-PRINSIP UNIVERSAL PEMAHAMAN ISLAM

1. TUJUAN UTAMA HIDUP KITA, ialah beribadah kepada Allah dengan mencari keredaan Nya. Sesuatu ibadah pula hanya akan mendapat keredaan Nya setelah memenuhi dua perkara iaitu:
a. Memurnikan keikhlasan kepada Allah didalam ibadah tesebut.
b. Sesuai dengan petunjuk Rasulullah saw didalam perlaksanaannya.

2. AKIDAH KITA, ialah akidah salafasus soleh baik secara keseluruhan mahupun secara terperinci, sebagaimana yang difahami oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya serta orang-orang selepas mereka dan mengikutinya dengan baik. Di antara prinsip akidah tersebut ialah:

a) Iman merupakan pengikraran dengan lisan, perlaksanaan dengan anggota badan dan pembenaran dengan hati. Iman boleh bertambah dan berkurang. Iman bertambah dengan amalan soleh dan berkurang dengan kemaksiatan.
b) Kekafiran, kemusyrikan dan kemunafikan itu ada terbahagi dua iaitu i’tiqadi dan amali. Yang bersifat i’tiqadi akan mengeluarkan seseorang dari millah Islam dan pelakunya kekal di dalam neraka. Sedangkan yang bersifat amali tidak akan mengeluarkan seseorang dari miIlah dan tidak mengharuskan pelakunya kekal di dalam neraka untuk selamanya.
c) Kalimat Iman dan Islam apabila disebut secara bersama-sama, maka masing-masing memiliki makna tersendiri. lman membawa pembenaran, sedangkan Islam beerti amalan-amalan zahir. Namun jika disebut Iman dan Islam disebut secara bersendirian maka masing-masing memiliki pengertian yang sama.
d) Kita tidak menghukumi seseorang yang berbuat dosa dengan sebutan kafir, kecuali dengan hujah yang jelas dan tidak ada syubhat sedikitpun.
e) Beriman dengan Rukun Iman yang enam.
f) Beriman dengan apa yang akan terjadi setelah kematian, seperti fitnah kubur, hisab, mizan, sirat dan sebagainya.
g) Berikut pula ringkasan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut Asy Syahid Syeikh Abdullah Azzam.
(Berikut ini adalah aqidah kami yang merupakan aqidah golongan yang selamat dan mendapat pertolongan sampai datang hari Kiamat (Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah), iaitu:
h) Beriman kepada Allah, para malaikat, Kitab-kitab dan sekalian Rasul Nya, dan beriman kepada kebangkitan setelah mati dan beriman pada Qadar yang baik dan buruk.

Beriman pada Asma dan Sifat
Merupakan sebahagian dari iman kepada Allah iaitu beriman dengan semua sifat yang disebutkan untuk diri Nya di dalam Kitab Nya dan yang disebutkan oleh Rasulullah saw tanpa melakukan Tahrif (pengubahan), Ta'thil (penafian) dan Tamsil (penyerupaan). Bahkan kami percaya dan beriman bahawa tidak ada yang menyerupai Nya sesuatupun dan Ia Maha Mendengar dan Melihat. Kami mengisbatkan (menetapkan) bagi Nya akan Asma Al Husna dan sekalian Sifat Nya yang mulia yang disebut di dalam Al Quran dan As Sunnah. Kami berkeyakinan bahawa Ulama’ Salaf (semoga Allah meredai mereka) dan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengetahui akan makna Sifat-sifat Allah, tetapi mereka menyerahkan hakikat pengandaian dan keadaan kepada Nya. Kami berkeyakinan seperti apa yang mereka yakini bahawa Allah swt bersifat dengan semua sifatnya ini dengan makna hakiki bukan majazi (kiasan) yang sesuai dengan keagungan Nya, jauh dari penyerupaan makhluk pada sedikit sahaja dari Sifat-sifat Nya.

Dan seperti ucapan Imam Malik: Al Istiwa’ (bersemayam) itu sudah dimaklumi, kaifiyyahnya (bagaimana caranya) tidak diketahui, mengimaninya wajib dan bertanya tentang itu bid'ah. Maka kami mengimani bahawa Allah memiliki tangan tetapi tidak seperti tangan kita, dan memiliki penglihatan tetapi tidak serupa dengan penglihatan kita dan kami beriman dengan turun Nya Allah Azza Wa Jalla ke langit dunia seraya kami ucapkan:
Al Nuzul (turun) itu sudah dimaklumi, kaifiyyahnya tidak diketahui, mengimaninya wajib dan bertanya tentang itu bid'ah.

Al Istiwaa dan Fauqiyyah
Kami beriman bahawa Allah swt bersemayam di atas 'Arasy Nya, jauh dari makhluk Nya, berada di atas langit ketujuh. Kita tidak mengatakan bahawa Istiwaa’ itu beerti Istilaa atau Haimanah (menguasai). Maha suci Allah daripada keterbatasan oleh tempat atau masa. Al Ma'iyyah (penyertaan) pula beerti Ia selalu menyertai kita dengan pendengaran, penglihatan dan ilmu Nya.

Iman dengan Qadar
Kita beriman bahawa Allah ialah Khaliq, iaitu yang menciptaan kita dan perbuatan kita dengan ketentuan bahawa seorang hamba dapat memilih (mukhtar) akan apa yang diperbuatnya, dan kita beriman bahawa Allah Maha Melaksanakan apa yang dikehendaki Nya. Sesuatu tidak akan terjadi kecuali dengan Iradah dan ketentuan Nya, dan tidak terkeluar dari pengaturan Nya. Seseorang tidak akan dapat meloloskan diri dari Qadar yang telah ditentukan dan tidak akan melebihi dan melewati ajal yang telah digariskan di Lauh Mahfuz. Aqidah kami adalah pertengahan antara Al Qadariyyah yang menyandarkan perbuatan kepada makhluk dan mengatakan bahawa makhluk itu menciptakan sendiri perbuatan baik dan buruk. Kami juga berbeza pendapat dengan kaum Jabariyyah yang mengatakan bahawa seorang hamba itu majbur (tidak memiliki pilihan sama sekali) atas semua perbuatan yang baik dan buruk. Tetapi kita katakan, seperti yang terdahulu, bahawa Allah yang menciptakan kita dan menciptakan perbuatan kita, dan seorang hamba itu diberi kekuatan ikhtiar (memilih) atas perbuatannya. Iman: Kami berkeyakinan bahawa Iman itu ialah I'tiqad (pengakuan) di dalam hati, yang diucapkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amal (perbuatan) anggota badan. Iman bertambah dengan taat dan berkurang dengan perbuatan maksiat.

Dosa dan dosa-dosa besar (Al-Kabair)
Aqidah kami adalah pertengahan antara pendapat Murji'ah dan Haruriyyah (Khawarij) dan Mu'tazilah. Kami tidak sependapat dengan Khawarij yang mengatakan bahawa pelaku perbuatan dosa besar adalah kafir, dan kami tidak sependapat dengan Murji'ah bahawa maksiat itu tidak membahayakan kewujudan Iman, juga kami tidak sependapat dengan Mu'tazilah yang mengatakan bahawa pelaku perbuatan dosa besar berada di satu tempat antara dua tempat, yakni bukan di syurga dan bukan di neraka. Tetapi, kami berdoa untuk orang yang berbuat ihsan dan takut akan nasib orang yang berbuat buruk. Jika ia mati, maka urusan sepenuhnya di tangan Allah, jika dikehendaki Ia mengampuninya atau menyiksanya.

Sahabat Rasulullah saw
Aqidah kami pertengahan antara Rawafid (Syi'ah) dan Khawarij. Kami mengimani keutamaan semua Sahabat dan tidak berlebihan pada Ahli Bait, Berbeza dengan kamu Khawarij yang telah mengkafirkan Ali, Uthman, Thalhah, Zubair, Muawiyah dan Amru bin Al Ash. Kami mengimani bahawa ummat Nabi Muhammad yang paling baik adalah Abu Bakar As Siddiq, kemudian Umar Al Faruq, Uthman Zun Nurain, Ali bin Abi Talib seterusnya Saad, Said, Thalhah, Zubair, Abu 'Ubaidah dan Abdur Rahman bin 'Auf, yang termasuk dalam sepuluh orang yang dijamin masuk syurga, serta orang-orang yang turut serta dalam peperangan Badar dan para Sahabat yang termasuk dalam Bai'atur Ridwan dan seluruh para Sahabat Nabi. Semoga Allah swt reda atas semua.Kami mengakui kepimpinan semua para sahabat Rasulullah saw, memohon keampunan keatas kesalahan mereka, menyebut semua kebaikan yang mereka lakukan dan menahan diri dari kejelekan yang dilakukan dan berdiam diri (tidak masuk campur) dengan pertentangan yang pernah terjadi diantara mereka dan kami mengakui keutamaan mereka. Kami tidak sekali-kali mengkafirkan salah seorang dari Ahli Qiblat kerana perbuatan dosa yang tidak dianggap halal dan selama tidak melakukan perbuatan yang tidak mengandungi makna lain kecuali kekufuran, seperti sujud kepada salib. Kita memohon semoga Allah mengampuni orang-orang yang berbuat ihsan dan memasukkan mereka ke dalam syurga, dan kami tidak mengatakan bahawa mereka wajib masuk syurga atau neraka, kecuali siapa yang mendapat persaksian akan hal itu dari Rasulullah saw, dan kami membersihkan semua Ummahatil Mu'minin (Isteri-isteri Rasul saw) dari kekejian.

Wali
Kami mengakui karamah yang terjadi kepada para wali dan orang-orang mu'min yang takwa. Mereka kesemuanya adalah wali-wali Allah. Dan yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling taat dan paling banyak mengikut jejak Al Quran dan As Sunnah.

Hukum Allah
Kami berpendapat bahawa melaksanakan hukum selain shariat Allah adalah kufur yang mengeluarkan seseorang dari Islam. Juga pengadilan yang dilakukan di bawah naungan hukum ciptaan manusia adalah batal dan tidak sah serta tidak boleh dilaksanakan keputusannya. Kami berkeyakinan bahawa Jihad itu berterusan hingga hari Kiamat, yakni mulai dari diutusnya Rasulullah saw hingga umat yang terakhir membunuh Dajjal, dan tidak akan ada yang menafikan kewajipannya, baik orang zalim atau orang adil. Orang-orang yang melakukan dosa besar dari umat Nabi Muhammad saw tidak akan kekal berada di dalam neraka jika mereka mati dalam keadaan beriman, dan jika mereka mati belum sempat bertaubat, maka mereka sepenuhnya berada dalam kehendak dan ketentuan Allah. Jika Ia berkehendak, dengan kurnia-Nya, mereka diampuni dan jika tidak, maka dengan keadilan Nya mereka diseksa. Kami berpendapat akan sahnya solat di belakang Imam yang baik atau ‘fajir’ dari ‘Ahli Qiblat’ (orang mukmin) dan mensolatkan jenazah mereka, dan kita tidak menyaksikan atas seorang muslim dengan kekafiran atau kemunafikan atau syirik selama hal-hal tersebut tidak nampak jelas dari dirinya sendiri, dan kita serahkan rahsia hati mereka kepada Allah swt. Kita tidak mempunyai dukun atau tukan tenung, dan membenci orang-orang yang yang melakukan bid'ah. Kami berpendapat bahawa meminta untuk dipenuhi hajat dari orang mati dan meminta pertolongan mereka adalah perbuatan syirik. Adapun tawassul dengan seseorang daripada makhluk adalah tidak benar dan wajib ditinggalkan. Kami berpendapat membangunkan (meninggikan) kubur dan menjadikan kubur sebagai masjid serta meletakkan kubah di atasnya dan memasang bendera atau umbul-umbul dan kelambu serta menugaskan seseorang sebagai penjaga kubur adalah perbuatan bid'ah yang diharapkan dan harus dibasmi dan dilenyapkan. Kami beriman dengan adanya fitnah kubur dan kenikmatannya, dan dengan dikembalikannya arwah (roh) ke dalam jasad dan di hari kebangkitannya manusia di padang Mahsyar dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan belum disunat (khitan), kemudian dipancangkan tiang-tiang timbangan amal dan dibukakan buku-buku catatan amalan. Kami beriman akan adanya ‘Sirat Al Mustaqim yang direntangakan di mulut Neraka Jahanam dan semua orang yang akan melaluinya sesuai dengan kadar amalannya semasa di dunia. Kami juga beriman akan adanya Telaga Nabi Muhammad saw dan Syafa'atnya, dan beliau adalah orang pertama yang memberikan syafaat. Kami percaya bahawa Syurga dan Neraka keduanya adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak akan fana, dan keduanya sekarang ini telah diciptakan dan ada, orang-orang yang beriman akan melihat Tuhannya dengan penglihatan mereka di dalam syurga seperti mereka melihat bulan purnama semasa di dunia dan bahawa Nabi Muhammad saw adalah Nabi penutup dan penghabisan dan makhluk yang paling baik dan mulia. Juga, Allah swt tidak terbatas oleh batas permulaan dan akhir dan anggota badan atau peringkat ainnya, dan Ia tidak berada dalam lingkup enam arah seperti pendapat yang diutarakan oleh orang-orang yang melakukan bid'ah. Kami beriman bahawa Arasy dan Kursi adalah Hak dan Ia tidak berhajat pada Arasy, dan semua yang selain Dia terikat dengan segala sesuatu. Dan kita menyebut orang-orang yang mengadap Qiblat kita sebagai Muslimin dan Mu'minin. Dan siapa yang solat seperti solat kita dan mengadap Qiblat kita dan memakan binatang sembelihan kita adalah orang Muslim. Hak dan kewajipannya sama seperti kita. Kami berkeyakinan bahawa Al Quran diturunkan dari Allah swt, dan Al Quran adalah Kalamullah, bukan makhluk. Daripada Nya Al Quran datang dan akan kembali kepada Nya juga. Allah swt menyampaikan hakikat Kalam Nya sebagai Al Quran. Ia menurunkan Al Quran atas hamba dan Rasul Nya yang sangat dipercayai, melalui wahyu dan dengan perantaraan utusan Nya, iaitu Muhammad saw. Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji atas Mu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku meminta ampun dan taubat pada Mu, Ya Rabb.)

3. PEMAHAMAN KITA TENTANG ISLAM, ialah memahami Islam secara syumul dan kaffah sebagaimana yang difahami oleh para salafus soleh ummah yang terpercaya dan mengikuti sunnah Nabi saw dan sunnah Khalifah Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Kita tidak mengambil sebahagian dengan membuang sebahagian yang lain. (Al Maidah 5:3; Al Baqarah 2:208)

3. CITA-CITA DAN TARGET PERJUANGAN KITA, ialah menegakkan Islam hingga kembali Khilafah dan kekuasaan Islam di muka bumi, mengembalikan manusia agar hanya beribadat kepada Allah serta memperlakukan hukum-hukum Islam kepada seluruh umat manusia dan mngembalikan kemuliaan (izzah) kaum Muslimin. (Al Baqarah 2:21; An Nahl 16:36; An Nur 24:55; Asy Syura 42:13)

3. JALAN KITA dalam mewujudkan cita-cita tersebut ialah:
a. Dakwah iaitu amar makruf dan nahi munkar (An Nahl 16:125)
b. Hijrah (Al Hajj 22:58; An Nisa 4:100)
c. l’dad (Al Anfal 8:60)
d. Jihad Fi Sabilillah (Al Baqarah 2:191-193, 216; Al Haj 22:39; An Nisa 4:75,77,84,95; At Taubah 9:19-24,38-41)

6. BEKAL KITA dalam menempuh tujuan tersebut ialah:
a. llmu dan taqwa (Al Isra’ 17:36)
b. Yakin dan Tawakal (Al Hujurat 49:15; As Sahajadah 32:24)
c. Syukur dan sabar (Ibrahim 14:34; Al Haj 22:11)
d. Zuhud terhadap dunia dan mementingkan akhirat (Al Mukmin 40:39)
e. Cinta berjihad di jalan Allah dan cinta mati syahid. (At Taubah 9:20,14,15)

7. WALA’ KITA (kecintaan dan pemihakan) ialah kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman, taat dan iltizam kepada syariat Islam secara kaffah (menyeluruh). (Al Baqarah 2:257; Al A’raf 7:196; Al An’am 6:14; Muhammad 47:11)

7. PERMUSUHAN KITA ialah kepada syaitan, jin dan manusia yang kafir dan musyrik daripada golongan Yahudi, Nashrani/ Kristian dan orang-orang munafik.(Hud 11:113; Mumtahanah 60:4; Al Mujadilah 58:22)

7. UKHUWAH KITA adalah ikatan akidah Islamiyah, bukan berdasarkan fanatisme kesukuan atau kebangsaan (nasionalisme). Kesatuan ukhuwah ini merupakan keharusan, kerana kita mempunyai:

Satu Akidah : Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah
Satu Pedoman : Al Quran dan As Sunnah
Satu Ikutan : Nabi Muhammad saw.
Satu Tugas hidup : Beribadah kepada Allah
Satu Tujuan setiap amal : Mencari reda Allah.
Satu Jama’ah : Daulah lslamiyah (khilafah menurut konsep nubuwah)
Satu Pimpinan : Imam dan Khalifah Islam
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "MUQADDIMAH bagian 2"

oh ternyata gitu ya...
salam kenal aja?

Informasi Pilihan Identitas:
Google/Blogger : Khusus yang punya Account Blogger.
Lainnya : Jika tidak punya account blogger namun punya alamat Blog atau Website.
Anonim : Jika tidak ingin mempublikasikan profile anda (tidak disarankan).

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top