Sukan dan Kebudayaan Tanpa Tembakau
Pada 31hb. Mei yang lalu seluruh dunia menyambut Hari Tanpa-Tembakau Sedunia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Unesco. Hari Tanpa-Tembakau Sedunia diadakan setiap tahun sejak beberapa lama dengan tujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang keburukan merokok, termasuk asapnya, dengan hasrat tabiat merokok dapat dihentikan di kalangan masyarakat sejagat. Pada kali ini temanya adalah "Sukan dan Budaya tanpa Tembakau." Tema ini mengalih pandangan kita kepada ketakserasian penggunaan tembakau dengan aktiviti yang berkaitan dengan sukan maupun yang berbentuk kebudayaan. Tema ini sememangnya sangat kena pada tempatnya memandangkan di Malaysia begitu banyak aktiviti sukan serta konsert yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat tembakau. Kedudukan seumpama ini amat mengelirukan kerana sedang aktiviti seperti bersukan itu digalakkan, khususnya di kalangan remaja, merokok adalah satu tabiat yang ingin kita hindarkan dari merebak pada golongan yang sama. Namun demikian melalui iklan-iklan rokok 'mesej' seumpama ini tidak timbul sama sekali, malah siaran Sukan Olimpik Atlanta dalam bulan Julai ini akan terus ditaja oleh sebuah syarikat rokok. Dalam pada itu baru-baru ini seorang pengkaji tembakau Amerika Syarikat telah mendakwa bahawa asap yang dihasilkan daripada rokok tidak merbahaya. Dakwaan ini dibuat di Kuala Lumpur menjelang sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. Kononnya dalam asap rokok kandungan utamanya adalah air dan karbon dioksida sedangkan bahan berbahaya lain dalam kuantiti amat kecil sekali. Kenyataan ini amat memeranjatkan kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia sendiri telah mengakui tentang bahaya asap rokok yang disebut sebagai Environmental Tobacco Smoke (ETS). Asap rokok 'basi' ini boleh mengakibatkan keadaan 'merokok secara pasif' (passive smoking) dengan cara dihidu oleh orang lain, termasuk anak isteri perokok. Mesej ini jelas kelihatan daripada salah satu poster anti-merokok Kementerian Kesihatan Malaysia yang berjudul "Membunuh Anak & Isteri Anda?". Ini membayangkan betapa bahayanya asap rokok tersebut. Malah WHO telah mengemukakan fakta-fakta berikut tentang bahaya merokok secara pasif: Asap rokok 'basi' telah dikelaskan sebagai bahan kanser kumpulan A pada manusia oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (USEPA). Yakni kumpulan yang paling bahaya sekali Pada orang dewasa yang sihat, kesan jangka pendeknya berkaitan dengan bau, kerengsaan pada mata, hidung dan kerongkong, pening kepala serta batuk. Kerengasaan mata adalah yang sering berlaku. Orang dewasa yang sihat sekiranya terdedah kepada asap rokok pasif dalam jangkamasa yang lama akan mengalami gangguan pada fungsi paru-parunya. Perubahan yang sama juga berlaku bagi mereka yang menghisap rokok jenis 'ringan.' Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan 'hay fever' dan asma serta penyakit jantung dan paru-paru, kesannya akan menjadi lebih ketara. Mereka yang berkerja di restoran, bar dan tempat yang terdedah kepada asap rokok pasif akan lebih mudah (sekurang-kurangnya 50 peratus) mendapat barah paru-paru di tempat kerja berkenaan. Tambahan daripada itu terdapat juga kajian lain yang membuat perbandingan asap yang dihisap semasa merokok, dengan asap yang keluar daripada puntung rokok seperti yang ditunjukkan berikut. Rata-rata bahan-bahan yang bahaya adalah beberapa kali ganda banyaknya. Perbandingan bahan
Bahan-bahan dalam asap puntung Anggaran lebih banyak daripada asap rokok biasa
Dadah nikotin 2 kali ganda
Aseton 2-5 kali ganda
Tar 3 kali ganda
Hidrogen sianid 4-6 kali ganda
Karbon dioksid 5 kali ganda
Toluen 6-8 kali ganda
Benzen 10 kali ganda
Anilin 30 kali ganda
Nitrosamin (bahan kanser) 50 kali ganda
Berdasarkan kepada kandungan di atas, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa 'perokok pasif' juga turut terdedah kepada bahaya seperti barah dan sebagainya. PenawaRacun diterbitkan dua(2) bulan sekali sepanjang tahun dan diakhiri dengan satu Indeks Penerbitan setiap tahun. Diterbitkan oleh Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang. Tel:04-6570099, Fax:04-6568417
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
1 Komentar untuk "HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA"
thanks...
Informasi Pilihan Identitas:
Google/Blogger : Khusus yang punya Account Blogger.
Lainnya : Jika tidak punya account blogger namun punya alamat Blog atau Website.
Anonim : Jika tidak ingin mempublikasikan profile anda (tidak disarankan).